Pengenalan

Unit Latihan dalam Perkhidmatan IPG KBM berfungsi sebagai peneraju kepada latihan peningkatan profesionalisme dan kepimpinan pedagogi (Pedagogi Leadership) bagi staf profesional, staf sokongan dan guru-guru di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Berdasarkan Teras 5 PIPP, IPG KBM bertanggungjawab memartabatkan profesion keguruan bagi melahirkan pensyarah, guru dan staf yang berpengetahuan, berkemahiran dan berketrampilan dengan  kerjasama  IPGM, Bahagian Pendidikan Guru,   Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah bagi menyelaraskan semua kursus-kursus yang dikenalpasti diperlukan oleh pensyarah, guru-guru dan staf sokongan.

Visi

Meningkatkan kompentensi staf profesional, guru-guru dan staf sokongan melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang dan berkualiti.

Misi

  1. Meningkatkan prestasi semua staf profesional, staf sokongan dan guru-guru melalui program latihan dalam perkhidmatan yang disediakan.
  2. Memberikan pendedahan mengenai pengetahuan dan kemahiran terkini dalam pengajaran dan pembelajaran kepada guru-guru dan staf akademik.
  3. Meningkatkan ketrampilan diri dan staf profesionalisme, guru dan staf sokongan
  4. Memperluas dan memperdalami bidang kursus mengikut keperluan semasa
  5. Melatih lebih banyak peserta kursus dalam pelbagai bidang terutama dalam bidang Bahasa, sastera dan budaya selaras dengan fungsi IPG KBM sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Melayu
  6. Meningkatkan pemuafakatan dan jaringan kerjasama dalam perkongsian ilmu dan kemahiran dengan pelbagai pihak samaada dalam dan agensi luar IPG KBM.

CARTA ORGANISASI ULDP IPG KBM2012