Induksi Pensyarah IPG

Pada 25 hingga 29 Mac 2012 seramai 15 orang pensyarah IPGKBM telah menghadiri Kursus Induksi Pensyarah IPG Fasa 1 yang telah diadakan di PLGDP Sg Buluh, Hutan Melintang, Teluk Intan, Perak. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam manakala Pengarah IPG KBM, Datin Siti Hanifah Madarsa pula telah berkenan untuk menyempurnakan Majlis Penutupan kursus. 

Secara keseluruhannya kursus tersebut bertujuan untuk mempersiapkan diri dan mengubah paradigma pensyarah bagi merealisasikan hasrat IPGKPM ke arah The Learner-Centred University. Para peserta ditekankan dengan budaya kerja baharu di IPG selaras dengan kenaikan taraf IPG sebagai salah satu Institusi Pendidikan Tinggi Awam. 

Pelbagai aktiviti perlu diikuti oleh para peserta seperti perbincangan kumpulan, pembentangan, gallery walk dan pembelajaran atas talian. Di samping itu, para peserta juga dapat berkenalan dengan pensyarah dari IPG yang berlainan kerana kursus ini dilakukan secara berpusat yang melibatkan 5 buah IPG di Zon Tengah. 

Para fasilitator pula terdiri daripada Timbalan Pengarah IPG dan pensyarah kanan bagi semua IPG di Zon Tengah. IPG KBM diwakili oleh Timbalan Pengarah Dr Hj Ali b Mahmood dan pensyarah cemerlang DG 54 Dr Roshani Abdullah. Semestinya kursus yang telah dihadiri ini merupakan pengalaman yang bermakna buat semua pensyarah yang terlibat. 




















Pensyarah IPGKBM yang terlibat sebagai peserta
 Kursus Induksi Pensyarah IPG bergambar kenangan bersama
 Pengarah dan Timbalan Pengarah selepas majlis makan malam

No comments:

Post a Comment